Thursday, December 20, 2012

Video Lucah Deepak Bakal Keluar...Ada Selera Ke Nak Tonton?

Kekadang rasa simpati pun ada kat penjual karpet bernama Deepak Jaikishan ini. Sudahlah putar-belitnya mengaitkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'kantoi kow-kow' punya, tetapi khabarnya ada satu benda lagi, kalau tersebar, tak tahulah apa nak dikatakan lagi. Dengar kata sudah bersebaran satu klip video melibatkan dia dengan seorang wanita yang tidak dikenali indentitinya. Lebih mengaibkan, video tersebut hanya layak untuk dilabekan dalam kategori 18SX! Dikatakan aksi melibatkan Deepak berlaku di Singapura tahun lalu dan wanita itu iras Melayu, kata sumber. Tapi sumber itu menjelaskan, kebarangkalian besar ia adalah wanita berketurunan Filipina. Ini kerana, Deepak ini sama juga seperti kebanyakkan lelaki India kaki main yang suka perempuan Melayu kerana bersih kata mereka. "Mungkin masa itu tak dapat perempuan Melayu, dia ambiklah perempuan Filipina yang memiliki wajah yang hampir sama," kata sumber itu. Namun sumber itu memberikan amaran..."Ini bukan pro yea bro...ini kalau nak tengok baldi kena siap sebelah...kalau lebih seorang nak tengok...baldi pun kena lebih dari satu,". Apa sudah jadi ni? Kalau beginilah gayanya, rasanya elok benarlah kalau Deepak pergi angkat tilam dan batal ke Myanmar dengan kadar segera. Kenapa Myanmar ek? Jawapannya mudah. Dalam wawancaranya dengan media sebelum ini, Deepak asyik sebut nak berhijrah ke negara junta tentera tersebut. Mudah saja, kalau nak menipu pun tak menjadi, kemudian ada pula skandal sana sini, rasanya itu jelah pilihan terbaik buat Deepak. Inilah masalahnya bila masalah sendiri tak selesai, sibuk pula nak kaitkan orang lain untuk terbabit sama. Semua orang tahu yang dia dah betul-betul cacing kepanasan sekarang ini. Deepak silap apabila merasakan orang-orang PKR termasuk Anwar Ibrahim boleh membantunya 'terlepas' dari segala masalah yang bersarang dan berserabut di kepalanya itu. Mungkin betul mereka-mereka ini boleh membantu, tetapi bantuan mereka itu bukanlah ikhlas, mereka hanya mahu menggunakan dirinya untuk survival politik masing-masing. Lepas mereka dapat apa yang mereka mahukan, Deepak semestinya ditingalkan terkontang-kanting seorang diri. Sebab itu awal-awal lagi dah nampak yang Deepak akan dibiarkan bersendirian...lihat saja bila penipuannya berjaya dibongkar, tidak ada langsung rasa simpati puak-puak ini kepada Deepak. Anwar awal-awal lagi menafikan perkaitannya dengan penjual karpet itu sedangkan dia bersungguh-sungguh memberitahu pernah mendapatkan bantuan dari Ketua Umum PKR itu. Malang sungguh nasib Deepak, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Lepas satu-satu kebodohan Deepak terserlah dengan sendirinya. Harap-harap tiadalah klip video ehem ehem Deepak di pasaran sekarang...kalau betul ada, sekali lagi Deepak kena bola tanggung. Yang pasti dengan bentuk badan dan muka yang tak boleh blah itu, orang bukan ghairah menontonnya, orang lagi nak muntah adalah, UWEKKKK!!!! Betullah kata pepatah Melayu...terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya! Deepak oh Deepak....

Monday, May 7, 2012

Durian Runtuh...Tanda Penghargaan Kerajaan Kepada Peneroka

Felda ditubuhkan pada tahun 1956 iaitu menjelang negara mencapai kemerdekaan. Dari detik permulaan secara kecil-kecilan organisasi ini telah berkembang menjadi suatu organisasi raksasa. Kini, rancangan-rancangan yang diselenggarakannya meliputi lebih daripada setengah juta hektar dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari Felda yang terdiri daripada peneroka, pekerja Felda dan pekerja kontrak serta keluarga masing-masing. Sejak tahun 1960, Felda yang ditubuhkan untuk pembangunan kawasan pendalaman yang lebih terpencil di negara ini, telah pula sendiri bertanggungjawab secara langsung dalam usaha pembangunan. Kerajaan-kerajaan negeri menyerahkan segala hak ke atas tanah untuk diusahakan kepada Felda yang seterusnya menjadi agensi yang bertanggungjawab memajukannya kepada suatu kawasan pembangunan yang ‘integrated’ atau bersepadu sepenuhnya. Tahukah anda, pada hari-hari awalnya, kawasan penempatan Felda ini tidak mempunyai elektrik, tidak ada air bahkan bekalan makanan pun sangat terhad.
Namun sejak pembukaan tanah rancangan pertama di Lurah Bilut pada 1 Julai 1956, perubahan yang dikecapi cukup mengkagumkan. Amat membanggakan kini apabila Felda yang diusahakan bersama di bawah naungan kerajaan itu mampu membuktikan bahawa pengorbanan mereka berbaloi dengan menjadi sebuah syarikat multi-bilion yang berjaya di rantau ini. Kemakmuran tersebut turut diraikan oleh kerajaan apabila memperuntukkan lebih RM300 juta bagi dana membangunkan infrastruktur, kemudahan serta keperluan bagi meningkatkan tahap kehidupan mereka sehingga kini. Antaranya pembinaan kompleks sukan dan stadium yang dijangka siap tidak lama lagi, sekaligus menjadi ‘tuan rumah’ kepada pasukan bolasepak yang sedang meningkat naik, Felda United. Alhamdulillah, rezeki para peneroka juga bertambah apabila harga minyak sawit naik kepada USD1,105 satu tan per metrik di pasaran dunia. Bercerita tentang ‘durian runtuh’ yang bakal diterima, percayalah ini baru permulaan. Ia bukanlah yang terakhir, banyak lagi ‘durian’ yang akan ‘terhasil’, yang penting para peneroka perlu yakin dan sentiasa berdoa kepada Allah agar usaha mereka selama ini berbaloi seterusnya memakmurkan agama, bangsa dan negara amnya serta keluarga mereka khususnya. Selama lebih 56 tahun Felda tidak pernah mengkhianati warganya, dan percayalah, mereka tidak akan sama sekali mengkhianati amanah tersebut walaupun 56 tahun lagi selepas itu. Kalau menjadi kenyataan, ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati itu hanyalah ‘pemanis kata, pembuka bicara’. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal, InsyaAllah, kalau rezeki takkan ke mana! (Sumber: Mynewshub)

Sunday, May 6, 2012

Kenapa Perlu Membantah Rezeki Peneroka?

Yes...kenapa perlu membantah apa yang sudah dtakdirkan menjadi milik peneroka?
Dalam beberapa hari lagi, lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menikmati ganjaran ‘durian runtuh’ yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak baru-baru ini, yakni sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang dijangka akan berlangsung pada Jun nanti. Saya pasti kesemua peneroka berdebar-debar dan tidak sabar menanti habuan lumayan yang akan diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mei kelak. Kita semua sedia maklum bahawa Felda telah ditubuhkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Bayangkanlah susah payah hidup para peneroka. Mereka sanggup berkorban dan berpindah ke kawasan terpencil dan hidup dalam serba kekurangan tanpa kemudahan elektrik dan air demi mengusahakan tanah Felda untuk menyara keluarga mereka. Sanggupkah generasi zaman sekarang berbuat demikian? Saya rasa tidak. Kita sudah biasa dengan kesenangan hidup dan tidak sanggup melalui kepayahan hidup. Rasa sangsi beberapa pihak yang menentang ‘durian runtuh’ serta penyenaraian FGVH amat menyedihkan kerana ia seperti memperlekeh pengorbanan dan penat lelah para peneroka selama ini. Saya bukannya seorang peneroka Felda. Malah, saya juga bukannya anak kepada peneroka. Namun, saya berasa para peneroka memang layak menerima ganjaran yang bakal dinikmati tidak lama lagi kerana tanpa kita sedari, mereka sudah banyak berbakti kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Pengumuman ‘durian runtuh’ ini memang tepat pada waktunya untuk membalas budi para peneroka yang telah berhempas pulas membanting tulang mengusahakan tanah Felda di seluruh negara. Jika terdapat beberapa pihak yang masih tidak berpuas hati, saya berharap mereka kikislah perasaan cemburu itu. Jangan nafikan hak orang lain. Jika kita ingin berjaya, marilah kita bekerja keras juga. Insya-Allah, Tuhan akan memudahkan rezeki kita pula. Azhar Zainal

Tuesday, March 20, 2012

DAP Bantu China Lumpuhkan Industri Nadir Bumi Australia



(Gambar sepatutnya berbunyi...Stop Lynas and save my actual country - China (Not Malaysia looo...))

Umum mengetahui tentang kekecohan berhubung operasi syarikat perlombongan nadir bumi, Lynas Sdn. Bhd. yang bertapak di Gebeng, Kuantan, Pahang apabila ia dicanang sebagai memberikan keburukan dan menjejaskan tahap kesihatan penduduk di negeri itu.

Serangan berterusan dilakukan walaupun Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan pakar nuklear dari parti PAS mengesahkan Lynas tidak mendatangkan sebarang ancaman kesihatan.

Namun, bagi berlaku adil dan memastikan rakyat benar-benar yakin, kerajaan bertindak mengumumkan penubuhan satu Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan (4 orang), pembangkang (3) dan bebas (1).

PSC berkenaan bagi meniliti agar segala prosedur dan langkah yang dilakukan oleh Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas tidak mendatangkan sebarang keburukan.

Namun, inisiatif tambahan yang sepatutnya mendapat kerjasama pembangkang jika mereka jujur dalam perjuangan itu, dengan pantas disanggah dan ditolak Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Guan Eng dengan tegas menyatakan DAP tidak akan sekali-kali menyertai PSC kerana menganggap tindakan mewujudkan jawatankuasa itu hanyalah bertujuan memaksa masyarakat Malaysia menyokong pembangunan loji itu tanpa memikirkan lagi kesan yang akan timbul.

Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu nyata gaya kepimpinan ala-ala komunis yang tersepit.

Tidak ada sebarang syarat yang mengatakan PSC akan memaksa rakyat untuk menerima Lynas. Kalau kerajaan mahu memaksa, sudah tentu PSC tidak akan ditubuhkan sejak awal lagi.

Persoalan yang bermain di fikiran, mengapakah Guang Eng terlalu tegas untuk menidakkan ‘kehadiran’ Lynas dan mengapa dengan begitu pantas sekali?

Jawapannya mudah sekali. Nadir bumi yang banyak digunakan dalam pembangunan komponen elektronik seperti telefon bimbit dan skrin komputer serta kenderaan hibrid sebenarnya dikuasai pengeluarannya oleh negara China.

Terbaru, seperti yang dilaporkan dalam The Telegraph, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun secara rasminya meminta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk meneliti rekod eksport negara China terhadap nadir bumi ke beberapa negara.

China menghasilkan dan mengeksport lebih dari 95 peratus logam nadir bumi dan itu telah menyebabkan mereka dikenakan sekatan kuota eksport yang tidak lagi membolehkan mereka terus mengeluarkan logam itu lebih dari nilai yang sepatutnya.

Namun, China masih lagi enggan untuk berundur dan patuh dengan arahan kuota yang sepatutnya apabila membantah sekeras-kerasnya kuota yang diberikan itu sebagai nilai yang tidak ‘masuk akal’.

China sendiri dalam kenyataan akhbar Shanghai Sekuriti News berkata, akan menggunakan sepenuhnya sumber nadir bumi untuk mengembangkan skala industri bahan-bahan baru yang dibuat dengan nadir bumi.

Hal itu terus menjurus kepada tanggapan China sememangnya ingin kekal sebagai pengusaha pertama atau yang memonopoli industri nadir bumi dan tidak mahu membuka peluang atau ruang yang cuba diambil oleh negara asing lain untuk menguasai industri tersebut.

Kemampuan menguasai nadir bumi itu memberikan kelebihan yang amat tinggi kepada China dalam bidang perindustrian elektronik peringkat global.Nadir bumi adalah nadi dalam banyak industri utama dunia ketika ini.

Kehadiran syarikat seperti Lynas dari Australia yang mengembangkang sayap pelaburan dan kemampuan mengeluarkan nadir bumi adalah sesuatu yang kurang disenangi negara itu.

Andai dibiarkan, kedudukan China sebagai pengeluar tunggal yang berkuasa menentukan jumlah aliran pengeluaran nadir bumi peringkat global pasti akan terjejas. Kuasa tawar menawar China akan terjejas jika pemian baru dibiarkan berkembang.

Mengenali sikap bangsa Cina, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan mereka tidak terjejas atau rugi.

LYNAS AUSTRALIA HARUS DIMATIKAN OPERASI MEREKA PADA APA KOS SEKALIPUN!Jadi di Malaysia, bukan sesuatu yang mengejutkan jika DAP tidak mahu menyertai PSC bagi membantu mencari penyelesaian terhadap pembinaan kilang Lynas di Kuantan.

Penulis yakin, DAP menerima dana dari syarikat China untuk memastikan projek Lynas gagal.

Kegagalan Lynas akan memberikan kelebihan yang tinggi kepada China untuk terus kekal menguasai industri nadir bumi.

Cuma di Malaysia pada masa ini, untuk tidak menampakkan sangat DAP membantu China dalam perang menguasai nadir bumi, mereka menggunakan PKR sebagai proksi bagi tujuan berkenaan.

Kalau DAP di hadapan, nampak sangat nanti Cina bantu China, jadi perang untuk melumpuhkan Lynas akan menjadi sukar. Jadi Melayu PKR dikudakan untuk faedah Tanah Besar China.

PKR menjadi public face dalam penentangan terhadap Lynas. Satu kira-kira yang mudah. Pembangkang terutama DAP dapat dana tambahan, manakala China menangguk di air keruh jika pelaburan Lynas Australia rugi di Malaysia.

Kalau difikirkan, tidak ada kesalahan untuk Guang Eng mempertahankan bangsanya sendiri yang berpijak di Negara China memandangkan China memberikan dana kepada partinya untuk terus bergerak memajukan dunia politik DAP dan pembangkang.