Monday, October 31, 2011

Inilah Dia Kabinet Bayangan PKR.




Entah sudah berapa bulan blog ini tidak dikemaskini.

Melayu Baru sebenarnya malas dan akan hanya membuat kemas kini apabila merasakan sesuatu itu perlu dilakukan.

Kali ini Melayu Baru memilih untuk menulis kerana menerima satu email rahsia yang berharga.

Email ini datang daripada sumber yang kukuh dalam PKR.

Dikatakan ini adalah antara bahan yang hilang ketika pejabat PKR dipecah masuk baru-baru ini.

Selepas membentangkan Bajet Pakatan Haram yang menjanjikan bulan dan bintang di Parlimen, Anwar Ibrahim disindir oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan lain untuk mengemukakan “Kabinet Bayangan” pakatan pembangkang.

“Bajet ada, tapi tak ada kabinet..? Macamana nak buat Bajet kalau kabinet tak ada?” sindir Najib.

Mungkin hangin satu badan dengan sindiran tersebut, “pemimpin anugerah Tuhan” itu secara diam-diam dipercayai berpakat dengan beberapa orang kanannya, Azmin dan Saifuddin Nasution untuk membuat draf “Shadow Cabinet”nya sendiri. Khabarnya, dia akan tunjukkan pada Najib sekiranya disindir lagi...

Malangnya, dikhabarkan draf rahsia itu telah “bocor”..!!! Soft copy kabinet yang dibuat itu jatuh ke tangan “seseorang” yang dipercayai “orang dalam”..?!

Nah! Di atas adalah draf yang dimaksudkan itu...

Sebagaimana yang dijangka, sudah tentu dia akan meletakkan diri sebagai Perdana Menteri (padahal, belum tentu lagi dia terlepas dari kes meliwat Saiful dan mungkin jadi PM dalam penjara Sg Buloh!). Biasalah, “Sivaji Da Boss” menstilah di atas..!!!

Kemudian, dia letak muka Hadi Awang sebagai TPM. Hah?! Wayang la tuuu...nak pancing undi Melayu la tu kononnya. Hek eleeehhh...! Macam la orang tak tahu bahawa tak kira sapa jadi PM atau TPM, sudah tentu DAP yang pegang kuasa! Telur Anwar dalam genggaman Karpal, kan?

Presiden DAP dan peguam veteran yang pegang telur Anwar diletakkan sebagai Menteri Undang-Undang dengan harapan, jika Anwar kantoi meliwat atau langgan pelacur, maka orang tua tu boleh lepaskan dia...

Mungkin nak bagi nampak real sikit, Anwar letak Salahuddin Ayub sebagai Menteri Kewangan II. Tapi dia letak pula Lim Kit Siang sebagai Menteri Kewangan I..! Alih-alih, DAP kawal ekonomi! Nampaknya tauke-tauke Cina akan tersenyum lebar laaaaa...

Anwar tak lupa untuk masukkan kroni-kroninya dalam kabinet itu. Wan Azizah akan gantikan tempat Shahrizat Jalil! Eh..!!! Bukan Wardina Safiyyah ke yang nak portfolio tu? Nurul Izzah pula jadi Menteri Luar Negeri. Lepas ni Izzah boleh la selalu buat trip dan shopping ke luar negara...

Kekasih dan madu Anwar, Azmin Ali pula diberikan jawatan lama Anwar, Menteri Pelajaran. Mungkin Anwar mengharapkan Azmin akan merekrut anak-anak ikan yang educated untuk menjadi coffee boynya nanti. “Anak muda...” Anwar senyum penuh bermakna...!

Anwar juga meletakkan Manickavasagam menggantikan Subramaniam. India ganti India di Kementerian Sumber Manusia. So, orang India tak la marah dia sangat lepas ni. Peliknya, dia lantik seorang Singh untuk jaga kaum India! Anak Karpal (kroni lagi!), Gobind diberikan jawatan Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Kaum India? Habis la di “lesing” kaum-kaum India lepas ni...

Jawatan Zahid Hamidi pula diberikan kepada Mahfuz Omar. Menteri Pertahan tu..!!! Tak pass SRP pun boleh jadi Menteri Pertahanan? Penting tu jawatan tu..boleh ke Mr. Bean tu handle???

Paling menarik, Anwar masukkan nama Tuanku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim sebagai Menteri Pelancongan dan Publisiti Antarabangsa! Satu-satunya Melayu DAP..!!! Kononnya, nak cuba tunjuk DAP tu bukan parti Cina la tu...padahal memang DAP tu memang racis Cina pun! Cuba tengok kat Pulau Pinang..!!! Rasis tak?

Menarik lagi bila Mat Sabu diletakkan sebagai Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Sejarah! Pasti sejarah negara ini akan bertukar dan diputar belit lepas ni. Nama Mat Indera mesti dimasukkan dalam kandungan buku teks sekolah sebagai pejuang kemerdekaan! Bunuh orang, bunuh polis, lepas tu bakar..orang macam tu pun Mat Sabu boleh putar belit jadi pejuang kemerdekaan?!

Siapa tak kenal denga Fuziah Saleh a.k.a Fuziah Nuklear Thoron! Dia pun bakal dilantik jadi Menteri! Jadi menteri nuklear pulak tu! Mentari Sains, Teknologi dan Industri Nuklear? Habis la negara ni...silap-silap, handphone pun diharamkan sebab ada radiasi!

Menteri Belia dan Sukan dikurniakan kepada ratu separa bogel, Eli Wong, manakala sahabatnya yang suruh umat Islam makan benda tak halal, Teresa Cock pula diberikan jawatan Menteri MITI, ganti tempat Tok Pa.

Anwar turut menyerahkan kembali jawatan lama Chua Jui Meng sebagai Menteri Kesihatan. Mesti pengkhianat MCA tu akan gembira dapat balik jawatan itu.

Memang kelakar bila tengok shadow cabinet Anwar ni. Tapi boleh dikatakan okay la jugak sebagai propaganda Pakatan. Nak pancing undi Melayu dan beri kuasa pada DAP. Yang pastinya, Anwar akan jadi boneka dan PAS akan terus jadi keldai tunggangan diorang..!!!