Monday, October 31, 2011

Inilah Dia Kabinet Bayangan PKR.




Entah sudah berapa bulan blog ini tidak dikemaskini.

Melayu Baru sebenarnya malas dan akan hanya membuat kemas kini apabila merasakan sesuatu itu perlu dilakukan.

Kali ini Melayu Baru memilih untuk menulis kerana menerima satu email rahsia yang berharga.

Email ini datang daripada sumber yang kukuh dalam PKR.

Dikatakan ini adalah antara bahan yang hilang ketika pejabat PKR dipecah masuk baru-baru ini.

Selepas membentangkan Bajet Pakatan Haram yang menjanjikan bulan dan bintang di Parlimen, Anwar Ibrahim disindir oleh Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan lain untuk mengemukakan “Kabinet Bayangan” pakatan pembangkang.

“Bajet ada, tapi tak ada kabinet..? Macamana nak buat Bajet kalau kabinet tak ada?” sindir Najib.

Mungkin hangin satu badan dengan sindiran tersebut, “pemimpin anugerah Tuhan” itu secara diam-diam dipercayai berpakat dengan beberapa orang kanannya, Azmin dan Saifuddin Nasution untuk membuat draf “Shadow Cabinet”nya sendiri. Khabarnya, dia akan tunjukkan pada Najib sekiranya disindir lagi...

Malangnya, dikhabarkan draf rahsia itu telah “bocor”..!!! Soft copy kabinet yang dibuat itu jatuh ke tangan “seseorang” yang dipercayai “orang dalam”..?!

Nah! Di atas adalah draf yang dimaksudkan itu...

Sebagaimana yang dijangka, sudah tentu dia akan meletakkan diri sebagai Perdana Menteri (padahal, belum tentu lagi dia terlepas dari kes meliwat Saiful dan mungkin jadi PM dalam penjara Sg Buloh!). Biasalah, “Sivaji Da Boss” menstilah di atas..!!!

Kemudian, dia letak muka Hadi Awang sebagai TPM. Hah?! Wayang la tuuu...nak pancing undi Melayu la tu kononnya. Hek eleeehhh...! Macam la orang tak tahu bahawa tak kira sapa jadi PM atau TPM, sudah tentu DAP yang pegang kuasa! Telur Anwar dalam genggaman Karpal, kan?

Presiden DAP dan peguam veteran yang pegang telur Anwar diletakkan sebagai Menteri Undang-Undang dengan harapan, jika Anwar kantoi meliwat atau langgan pelacur, maka orang tua tu boleh lepaskan dia...

Mungkin nak bagi nampak real sikit, Anwar letak Salahuddin Ayub sebagai Menteri Kewangan II. Tapi dia letak pula Lim Kit Siang sebagai Menteri Kewangan I..! Alih-alih, DAP kawal ekonomi! Nampaknya tauke-tauke Cina akan tersenyum lebar laaaaa...

Anwar tak lupa untuk masukkan kroni-kroninya dalam kabinet itu. Wan Azizah akan gantikan tempat Shahrizat Jalil! Eh..!!! Bukan Wardina Safiyyah ke yang nak portfolio tu? Nurul Izzah pula jadi Menteri Luar Negeri. Lepas ni Izzah boleh la selalu buat trip dan shopping ke luar negara...

Kekasih dan madu Anwar, Azmin Ali pula diberikan jawatan lama Anwar, Menteri Pelajaran. Mungkin Anwar mengharapkan Azmin akan merekrut anak-anak ikan yang educated untuk menjadi coffee boynya nanti. “Anak muda...” Anwar senyum penuh bermakna...!

Anwar juga meletakkan Manickavasagam menggantikan Subramaniam. India ganti India di Kementerian Sumber Manusia. So, orang India tak la marah dia sangat lepas ni. Peliknya, dia lantik seorang Singh untuk jaga kaum India! Anak Karpal (kroni lagi!), Gobind diberikan jawatan Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Kaum India? Habis la di “lesing” kaum-kaum India lepas ni...

Jawatan Zahid Hamidi pula diberikan kepada Mahfuz Omar. Menteri Pertahan tu..!!! Tak pass SRP pun boleh jadi Menteri Pertahanan? Penting tu jawatan tu..boleh ke Mr. Bean tu handle???

Paling menarik, Anwar masukkan nama Tuanku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim sebagai Menteri Pelancongan dan Publisiti Antarabangsa! Satu-satunya Melayu DAP..!!! Kononnya, nak cuba tunjuk DAP tu bukan parti Cina la tu...padahal memang DAP tu memang racis Cina pun! Cuba tengok kat Pulau Pinang..!!! Rasis tak?

Menarik lagi bila Mat Sabu diletakkan sebagai Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Sejarah! Pasti sejarah negara ini akan bertukar dan diputar belit lepas ni. Nama Mat Indera mesti dimasukkan dalam kandungan buku teks sekolah sebagai pejuang kemerdekaan! Bunuh orang, bunuh polis, lepas tu bakar..orang macam tu pun Mat Sabu boleh putar belit jadi pejuang kemerdekaan?!

Siapa tak kenal denga Fuziah Saleh a.k.a Fuziah Nuklear Thoron! Dia pun bakal dilantik jadi Menteri! Jadi menteri nuklear pulak tu! Mentari Sains, Teknologi dan Industri Nuklear? Habis la negara ni...silap-silap, handphone pun diharamkan sebab ada radiasi!

Menteri Belia dan Sukan dikurniakan kepada ratu separa bogel, Eli Wong, manakala sahabatnya yang suruh umat Islam makan benda tak halal, Teresa Cock pula diberikan jawatan Menteri MITI, ganti tempat Tok Pa.

Anwar turut menyerahkan kembali jawatan lama Chua Jui Meng sebagai Menteri Kesihatan. Mesti pengkhianat MCA tu akan gembira dapat balik jawatan itu.

Memang kelakar bila tengok shadow cabinet Anwar ni. Tapi boleh dikatakan okay la jugak sebagai propaganda Pakatan. Nak pancing undi Melayu dan beri kuasa pada DAP. Yang pastinya, Anwar akan jadi boneka dan PAS akan terus jadi keldai tunggangan diorang..!!!

Sunday, May 15, 2011

Sian Hata...





Baru ni Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari tampil di pentas PAS Taman Melewar, dengan membawa harapan yang tinggi.

Dia ingat dia popular, tapi yang datang tak sampai 200 orang.

Itu belum tolak polis cawangan khas (SB) dan orang UMNO takda kerja yang saje datang menyemak.

Entah berapa aje penyokong sebenar PAS.

Hata pun perasan berapa keping aje yang hadir.

Tapi dia ingat, takpa, nanti apa dia cakap keluar kat Malaysiakini sama Malaysian Insider dah la. Yang datang tak ramai tak penting.

Namun, tunggu punya tunggu, rupanya tidak ada satu pun akhbar dalam talian kesayangan dia yang bagi keluar apa yang dia cakap malam tu.

Dengar khabar Hata frust menonggeng.Harapan nak popular melalui kemunculan sulung musnah.

Tak tahulah sambung makan ubat penenang atau tidak.

Nasib Harakah Online ada bagi keluar sikit, itu pun tahap ciput ajelah, sebesar puting ayam China.

Jadi untuk Hata, pikirlah, anda berharga buat sekejap ini aje kepada Malaysiakini dan kawan-kawan sewaktu denganya.

Bila dah takda nilai, hmmmmm. Nak kata habis madu sepah dibuang pun takleh. Sebab Hata dah sedia kala sepah. Kita ubah, sudah habis sepah, hamps dibuang.

Tak lama lagi, kalau Hata silap percaturan, sana pun tidak, sini pun tidaklah gamaknya.

Wednesday, February 2, 2011

Apa Lagi Yang Kau Nak Ni Kadir Jasin...Era Kau Dah Berakhirlah..Tunggu Nak Mati Aje



(Gambar: Cuba teka mana satu Kadir Jasin?)

Terbacalah Melayu Baru entri A Kadir Jasin dalam blognya yang bertajuk Perdana Menteri Wanita: Kenapa Isteri PM Tak Boleh?

Ikut hati Melayu Baru nak tanya kat Kadir Jasin seperti berikut ; Perdana Menteri Wanita: Apa Perlu Kau Bangkitkan Benda-benda Camni Bodoh?

Iyelah kan, buat apa Kadir Jasin ni hendak sabitkan nama Rosmah sebagai calon yang sesuai menjadi Perdana Menteri? Rasanya menjadi isteri Perdana Menteri pun dah cukup untuk beliau.

Wahai Kadir Jasin...ada ke kau tengok Rosmah aktif berpolitik peringkat bahagian pada usia sekarang yang mungkin mencerminkan minatnya untuk menjadi Perdana Menteri? Buat apa kau tanam idea yang bukan-bukan dalam pemikiran masyarakat?

Negara perlukan pemikiran yang jitu dan fokus untuk bergerak ke arah negara maju.

Mesti dah takda idea nak menulis apa lah tu kan. Selama ini pun blog Kadir Jasin bukan ada orang nak baca sangat pun, Melayu Baru pun terbaca dengan penuh tidak sengaja sebenarnya.

Bila dah perasan takda siapa yang baca sangat blog dia sedangkan Kadir Jasin ni dalam kategori wartawan antik, maka mulalah si tua kutuk ni menulis benda-benda yang hanya bersifat sensasi tetapi tiada membawa sebarang makna atau membantu pembangunan negara ini.

Kadir Jasin harus diberitahu, bahawa dia dan penulisannya sudah tidak relevan dengan senario moden negara ini. Sama macam Zainuddin Maidin sudah tidak relevan, Kadir Jasin pun sama juga.

Penulisan yang bosan dan bodoh harus dihentikan.

Ada orang memberitahu Melayu Baru, Kadir Jasin ada agenda sendiri dengan menyiarkan entri seumpama itu.

"Zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dia dapat macam-macam, zaman Pak Lah pun begitu, mungkin sekarang zaman Najib pun berharap dapat apa-apa projek kot, bila tak dapat mulalah menulis untuk menghancurkan imej orang," katanya.

Jika itulah sebabnya, maka orang Kadir Jasin ni sepatutnya terjun laut dan bunuh diri ajelah.

TAK CUKUP LAGI KE APA YANG KAU DAPAT SELAMA NI?

Sunday, January 9, 2011

Hati-hati Dengan Si Gila Bernama Hashim Lim Abdullah




Sape yang tidak mahu dilihat ada perkaitan dengan pemimpin negara seperti menteri....lebih glamour kalau dapat dikaitkan dengan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Penulis ingat lagi masa belajar di UIAM beberapa belas tahun yang lalu...ada sekali PM masa tu.....Dr Mahathir datang sembahyang Jumaat di Masjid UIAM....habis sembahyang....puak yang paling depan sekali yang beriya-iya nak salam masa tu adalah puak kopiah putih (puak PAS tak sedar diri).....dapat salam pun dah rasa bangga...

Inikan kalau dapat dilihat sebagai seorang yang rapat atau penting dengan pemimpin tertinggi negara...

Cuma adakalanya orang menjadi obses atau masuk tahap perasan gila babi hingga keadaan itu boleh membawa kepada risiko bahaya ke atas kepimpinan negara...

Yang hendak diceritakan di sini ialah mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Hashim Lim Abdullah (GAMBAR)......ada orang kata dia ni bergelar datuk tetapi yang penulis tahu dia ni seorang gangster yang kepala tak berapa betul...ada penyakit tumor otak (betul punya)

Sejak beberapa tahun yang lalu....Hashim Lim ini ada satu perangai pelik macam yang dikatakan di atas...dia suka mensabitkan dirinya sebagai seorang yang rapat dengan Menteri dan Perdana Menteri....

Asal dulu dia duk mengaku kata dia ketua pegawai khas Datuk Seri Nazri Aziz.....

Lepas tu...dia upgrade diri sendiri dengan mula mengaku di khalayak umum bahawa dia adalah pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Dan lebih menyeramkan.... bukan sekadar kata-kata....gilanya yang keterlaluan itu dan pernah satu ketika berani ikut escort PM ke merata tempat (gunakan kereta sendiri) dengan siap bawa senjata api sendiri!!!

Dia juga kerap berlegar di kawasan lobi Parlimen sambil bersembang dengan ahli-ahli politik....kerap kali dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang rapat dengan Perdana Menteri dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan....

Mamat Hashim Lim ni memiliki permasalahan personaliti yang agak teruk sebenarnya...dia pernah ditangkap di Pulau Jerejak kerana kesalahan jenayah yang dilakukan pada usia mudanya......

Dan pada 3 Julai tahun lalu...dia sekali lagi ditahan di No 43 A, Jalan Lazat 1, Taman Gembira, KL kerana terlibat dengan kegiatan judi haram...(bookie bola sepak piala dunia)

Menurut No Repot Petaling/009099/10 ....Hashim Lim Abdullah ditahan dengan wang tunai RM8300 dan sepucuk pistol jenis Glock 19 (no Siri HSG 713) bersama 14 butir peluru 9mm dan 1 kelopak peluru....

Namun...sehingga kini Cina gangster gila ini belum didakwa.....dan situasi itu menimbulkan kehairanan di kalangan anggota polis sendiri...

Malah...yang lebih menghairankan ialah ketika Hashim mereng ini ditahan...polis tidak merampas telefon bimbit miliknya ketika itu.....dan kita semua tahu untuk bookie...telefon bimbit adalah antara alat yang terpenting untuk melakukan kegiatan mereka....Mengapa jadi begitu? Persoalan yang memeningkan kepala banyak pihak...

Kehadiran lelaki gila ini sekitar PM telah lama disedari pihak polis dan pegawai PM yang prihatin...nasib baik pasukan keselamatan kita cekap bertindak dan melarang lelaki ini daripada mengikuti PM lagi....

Namun dengar kata masalah itu tidak berakhir lagi......dia masih mahu ikut PM......tak faham-faham bahasa....

Masalah sekarang ialah si mualaf Hashim Lim ni macam tak berapa nak faham bahasa....mungkin disebabkan tumor yang menyerang dia tu kot....dia sebenarnya satu ancaman terhadap keselamatan PM dan para pegawai beliau kerana tumor di otak itu boleh menyebabkannya bertindak luar dugaan.

Pihak polis perlu lebih prihatin terhadap tindak tanduk orang gila sebegini.....jangan bila sudah terhantuk baru nak tergadah..... kita cakap pasal Perdana Menteri negara ini ok....bukan sebarang orang.