Tuesday, March 20, 2012
DAP Bantu China Lumpuhkan Industri Nadir Bumi Australia
(Gambar sepatutnya berbunyi...Stop Lynas and save my actual country - China (Not Malaysia looo...))
Umum mengetahui tentang kekecohan berhubung operasi syarikat perlombongan nadir bumi, Lynas Sdn. Bhd. yang bertapak di Gebeng, Kuantan, Pahang apabila ia dicanang sebagai memberikan keburukan dan menjejaskan tahap kesihatan penduduk di negeri itu.
Serangan berterusan dilakukan walaupun Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan pakar nuklear dari parti PAS mengesahkan Lynas tidak mendatangkan sebarang ancaman kesihatan.
Namun, bagi berlaku adil dan memastikan rakyat benar-benar yakin, kerajaan bertindak mengumumkan penubuhan satu Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan (4 orang), pembangkang (3) dan bebas (1).
PSC berkenaan bagi meniliti agar segala prosedur dan langkah yang dilakukan oleh Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas tidak mendatangkan sebarang keburukan.
Namun, inisiatif tambahan yang sepatutnya mendapat kerjasama pembangkang jika mereka jujur dalam perjuangan itu, dengan pantas disanggah dan ditolak Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.
Guan Eng dengan tegas menyatakan DAP tidak akan sekali-kali menyertai PSC kerana menganggap tindakan mewujudkan jawatankuasa itu hanyalah bertujuan memaksa masyarakat Malaysia menyokong pembangunan loji itu tanpa memikirkan lagi kesan yang akan timbul.
Sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu nyata gaya kepimpinan ala-ala komunis yang tersepit.
Tidak ada sebarang syarat yang mengatakan PSC akan memaksa rakyat untuk menerima Lynas. Kalau kerajaan mahu memaksa, sudah tentu PSC tidak akan ditubuhkan sejak awal lagi.
Persoalan yang bermain di fikiran, mengapakah Guang Eng terlalu tegas untuk menidakkan ‘kehadiran’ Lynas dan mengapa dengan begitu pantas sekali?
Jawapannya mudah sekali. Nadir bumi yang banyak digunakan dalam pembangunan komponen elektronik seperti telefon bimbit dan skrin komputer serta kenderaan hibrid sebenarnya dikuasai pengeluarannya oleh negara China.
Terbaru, seperti yang dilaporkan dalam The Telegraph, negara-negara Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun secara rasminya meminta Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk meneliti rekod eksport negara China terhadap nadir bumi ke beberapa negara.
China menghasilkan dan mengeksport lebih dari 95 peratus logam nadir bumi dan itu telah menyebabkan mereka dikenakan sekatan kuota eksport yang tidak lagi membolehkan mereka terus mengeluarkan logam itu lebih dari nilai yang sepatutnya.
Namun, China masih lagi enggan untuk berundur dan patuh dengan arahan kuota yang sepatutnya apabila membantah sekeras-kerasnya kuota yang diberikan itu sebagai nilai yang tidak ‘masuk akal’.
China sendiri dalam kenyataan akhbar Shanghai Sekuriti News berkata, akan menggunakan sepenuhnya sumber nadir bumi untuk mengembangkan skala industri bahan-bahan baru yang dibuat dengan nadir bumi.
Hal itu terus menjurus kepada tanggapan China sememangnya ingin kekal sebagai pengusaha pertama atau yang memonopoli industri nadir bumi dan tidak mahu membuka peluang atau ruang yang cuba diambil oleh negara asing lain untuk menguasai industri tersebut.
Kemampuan menguasai nadir bumi itu memberikan kelebihan yang amat tinggi kepada China dalam bidang perindustrian elektronik peringkat global.Nadir bumi adalah nadi dalam banyak industri utama dunia ketika ini.
Kehadiran syarikat seperti Lynas dari Australia yang mengembangkang sayap pelaburan dan kemampuan mengeluarkan nadir bumi adalah sesuatu yang kurang disenangi negara itu.
Andai dibiarkan, kedudukan China sebagai pengeluar tunggal yang berkuasa menentukan jumlah aliran pengeluaran nadir bumi peringkat global pasti akan terjejas. Kuasa tawar menawar China akan terjejas jika pemian baru dibiarkan berkembang.
Mengenali sikap bangsa Cina, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan mereka tidak terjejas atau rugi.
LYNAS AUSTRALIA HARUS DIMATIKAN OPERASI MEREKA PADA APA KOS SEKALIPUN!Jadi di Malaysia, bukan sesuatu yang mengejutkan jika DAP tidak mahu menyertai PSC bagi membantu mencari penyelesaian terhadap pembinaan kilang Lynas di Kuantan.
Penulis yakin, DAP menerima dana dari syarikat China untuk memastikan projek Lynas gagal.
Kegagalan Lynas akan memberikan kelebihan yang tinggi kepada China untuk terus kekal menguasai industri nadir bumi.
Cuma di Malaysia pada masa ini, untuk tidak menampakkan sangat DAP membantu China dalam perang menguasai nadir bumi, mereka menggunakan PKR sebagai proksi bagi tujuan berkenaan.
Kalau DAP di hadapan, nampak sangat nanti Cina bantu China, jadi perang untuk melumpuhkan Lynas akan menjadi sukar. Jadi Melayu PKR dikudakan untuk faedah Tanah Besar China.
PKR menjadi public face dalam penentangan terhadap Lynas. Satu kira-kira yang mudah. Pembangkang terutama DAP dapat dana tambahan, manakala China menangguk di air keruh jika pelaburan Lynas Australia rugi di Malaysia.
Kalau difikirkan, tidak ada kesalahan untuk Guang Eng mempertahankan bangsanya sendiri yang berpijak di Negara China memandangkan China memberikan dana kepada partinya untuk terus bergerak memajukan dunia politik DAP dan pembangkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment